Komputer riba atau Tablet? (Pelajar)
Bagi pelajar IPT, penggunaan komputer riba adalah sangat penting dalam melakukan tugasan yang memerlukan mereka mencari maklumat di internet serta memuatkan maklumat tersebut ke dalam persembahan powerpoint yang akan dibentangkan di dalam bilik kuliah atau dihantar kepada pensyarah sebagai laporan. Kebanyakan pelajar di institut pengajian tinggi menggunakan komputer riba sebagai daily driver mereka. Ini menyebabkan mereka sering terdedah kepada kejadian yang tidak diingini seperti ragut, samun dan sebagainya. Saiz komputer riba yang biasa digunakan adalah sekitar 13 ke 15 inci menyebabkan ianya kelihatan ketara jika diletakkan di dalam beg atau dibimbit di dalam tangan mereka.tambahan lagi, komputer riba yang mempunyai spesifikasi yang tinggi selalunya mempunyai saiz yang besar dan berat. Ini menyebabkan pelajar sering meninggalkan komputer riba mereka di rumah, sekaligus mengurangkan produktiviti.