Ujian

entah kenapa sejak aku jejakkan semula kaki aku di pulau pinang, aku diuji satu persatu. mula - mula pasal duit, kemudian pasal hati. aku tak tahu apa yang aku perlu lakukan. aku dah kembali kepada pencipta untuk meminta pertolongan-Nya. tapi masih belum dijawab. kalau dulu, aku sukakan sangat benda - benda macam tu. tapi tiba - tiba aku rasa janggal. tak pernah aku rasa macam ni kalau pasal benda ni. aku rasa bersalah, kecewa pun ada. sedih sangat bila jadi macam ni. aku macam tak percaya jadi macam ni. memang Allah akan menguji hamba-Nya yang Dia sayang. tapi aku takl pernah duga sampai macam ni. "kita akan membuat pilihan setiap hari. tidak kira sama ada kecil ataupun besar pilihan itu. kadangkala, pilihan yang remeh itu akan melakukan perubahan yang besar dalam kehidupan kita." itu laa yang mak aku selalu pesan pada aku "apa -apa yang kita nak lakukan, kita harus ke Allah dulu." bila aku kembali pada Allah, aku diuji lagi. makin aku rasa dekat dengan-Nya, semakin berat aku diuji. aku tak tahu sama ada aku boleh bekerja dalam keadaan yang sebegini. mungkin Allah nak mengukuhkan kebergantungan aku dengan-Nya. mungkin juga Dia nak tengok apa yang aku buat bila diuji macam ni. sebenarnya, aku mudah menyayangi seseorang yang aku kenal walaupun tak berapa rapat dengan aku. tapi kadangkala aku keliru pada tahap mana rasa sayang aku pada dia. "berkawan aje dengan semua orang. kemudian pilih yang terbaik untuk dijadikan teman hidup. tak perlu serius buat masa sekarang. kerana kau akan berjumpa dengan yang lain di masa yang akan datang. pada masa itu, rasa sayang kau akan perlahan - lahan hilang untuk dia yang kau sayang sekarang." itu pesan mak aku.

Comments