Posts

Komputer riba atau Tablet? (Pelajar)

Bagi pelajar IPT, penggunaan komputer riba adalah sangat penting dalam melakukan tugasan yang memerlukan mereka mencari maklumat di internet serta memuatkan maklumat tersebut ke dalam persembahan powerpoint yang akan dibentangkan di dalam bilik kuliah atau dihantar kepada pensyarah sebagai laporan. Kebanyakan pelajar di institut pengajian tinggi menggunakan komputer riba sebagai daily driver mereka. Ini menyebabkan mereka sering terdedah kepada kejadian yang tidak diingini seperti ragut, samun dan sebagainya. Saiz komputer riba yang biasa digunakan adalah sekitar 13 ke 15 inci menyebabkan ianya kelihatan ketara jika diletakkan di dalam beg atau dibimbit di dalam tangan mereka.tambahan lagi, komputer riba yang mempunyai spesifikasi yang tinggi selalunya mempunyai saiz yang besar dan berat. Ini menyebabkan pelajar sering meninggalkan komputer riba mereka di rumah, sekaligus mengurangkan produktiviti.

Huawei Honor 4C

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Baru - baru ini telefon ayah Admin rosak kerana overcharge. Jadi dia nak beli telefon baru yg bukan jenama yg sekarang ni sebab dia dah tak percaya dengan brand tu. jadi Admin melakukan sedikit Research berkaitan telefon yang mengikut spesifikasi yang diperlukan oleh ayah admin. Hasilnya, Admin telah membuat keputusan untuk memilih Huawei Honor 4C. Jadi berikut merupakan apa yang Admin pelajari tentang telefon ini. post yang ni admin ambil dari  amanz  sebab semuanya mereka dah terangkan di situ.

Gunakan Peranti Windows Mobile 10 Sebagai PC

Image
Pelancaran  Windows 10  baru – baru ini membawakan satu fungsi yang menarik perhatian Admin iaitu  Continuum   atau kebolehan menggunakan telefon pintar  Windows  10 sebagai desktop PC dengan bantuan  continuum dock  atau  windows 10 display dock  yang menyambungkan telefon pintar seperti  Microsoft Lumia 950  dan  Acer Jade Primo  kepada  monitor, mouse  dan juga  keyboard . Fungsi ini membawa pengalaman  desktop  kepada telefon yang disambungkan  melalui USB type C  buat masa ini. Fungsi ini bakal meningkatkan lagi produktiviti pengguna yang ingin melakukan sebarang pekerjaan tanpa menggunakan peranti yang berlainan. Ini juga memberi definisi  baru kepada peranti semua dalan satu atau  all-in-one  yang mana ianya kini mudah alih.