Gunakan Peranti Windows Mobile 10 Sebagai PC




Pelancaran Windows 10 baru – baru ini membawakan satu fungsi yang menarik perhatian Admin iaitu Continuum  atau kebolehan menggunakan telefon pintar Windows 10 sebagai desktop PC dengan bantuan continuum dock atau windows 10 display dock yang menyambungkan telefon pintar seperti Microsoft Lumia 950 dan Acer Jade Primo kepada monitor, mouse dan juga keyboard. Fungsi ini membawa pengalaman desktop kepada telefon yang disambungkan melalui USB type C buat masa ini. Fungsi ini bakal meningkatkan lagi produktiviti pengguna yang ingin melakukan sebarang pekerjaan tanpa menggunakan peranti yang berlainan. Ini juga memberi definisi  baru kepada peranti semua dalan satu atau all-in-one yang mana ianya kini mudah alih.

Dengan kehadiran fungsi continuum ini, bukan sahaja bilangan peranti yang digunakan berkurang, ianya juga bagus untuk mereka yang menginginkan ruang kerja yang kemas dan mudah. Fungsi continuum ini juga tidak akan mengganggu pernggunaan peranti sebagai telefon. Ianya seakan – akan anda mempunyai dua peranti. Pengguna boleh menggunakan apkilasi seperti office dengan fungsi penuh seperti menggunakan komputer.



 Maklumat lanjut diterangkan dalam pelancaran peranti Microsoft.



sumber rujukan : The Verge