Komputer riba atau Tablet? (Pelajar)

Bagi pelajar IPT, penggunaan komputer riba adalah sangat penting dalam melakukan tugasan yang memerlukan mereka mencari maklumat di internet serta memuatkan maklumat tersebut ke dalam persembahan powerpoint yang akan dibentangkan di dalam bilik kuliah atau dihantar kepada pensyarah sebagai laporan. Kebanyakan pelajar di institut pengajian tinggi menggunakan komputer riba sebagai daily driver mereka. Ini menyebabkan mereka sering terdedah kepada kejadian yang tidak diingini seperti ragut, samun dan sebagainya. Saiz komputer riba yang biasa digunakan adalah sekitar 13 ke 15 inci menyebabkan ianya kelihatan ketara jika diletakkan di dalam beg atau dibimbit di dalam tangan mereka.tambahan lagi, komputer riba yang mempunyai spesifikasi yang tinggi selalunya mempunyai saiz yang besar dan berat. Ini menyebabkan pelajar sering meninggalkan komputer riba mereka di rumah, sekaligus mengurangkan produktiviti.


Salah satu langkah yang boleh diambil ialah dengan menggantikan komputer riba dengan tablet. Ya, tablet. Terdapat beberapa kelebihan tablet berbanding komputer riba yang boleh menjadikan tablet sebagai peranti pilihan pada masa yang akan datang.





  1.  saiz dan berat.
    1. Secara purata, saiz tablet adalah lebih kecil dari kebanyakan komputer riba yang terdapat di pasaran. Tidak dinafikan bahawa terdapat komputer riba ultrabook yang terkenal dengan spesifikasi yang tinggi di samping mempunyai form factor yang nipis dan ringan. Akan tetapi, peranti tersebut mempunyai julat harga yang tinggi dan jarang dimiliki oleh pelajar IPT yang kebanyakannya bergantung pada pinjaman.



  1. Jangka hayat.
    1. Dilengkapi dengan pemproses yang dicipta untuk mengurangkan penggunaan kuasa, tablet memiliki jangka hayat bateri yang lebih tinggi (4 - 6 jam) berbanding komputer riba yang hanya mampu bertahan secara purata selama 3 - 4 jam.

  1. Tablet dengan spesifikasi tinggi.
    1. Pada tahun 2016, kita dapat lihat pelbagai syarikat dari pelbagai negara telah mengeluarkan tablet dengan spesifikasi yang tinggi setaraf dengan kpmputer riba. Dari peranti seperti acer iconia tab hingga microsoft surface pro yang menggunakan sistem operasi windows memudahkan pengguna yang sudah biasa dengan ekosistem microsoft.





Pada masa yang sama, tablet juga mempunyai beberapa kekurangan berbandiing komputer riba yang menjadikan komputer riba pilihan utama pelajar berbanding tablet.



  1. Saiz skrin yang lebih kecil.
    1. Secara puratanya, saiz skrin tablet hanya menjangkau 12 inci yang kurang ideal untuk tujuan hiburan seperti menonton 'movie' atau drama .

  1. Kuasa kuda yang lebih rendah.
    1. Walaupun terdapat tablet yang mempunyai spesifikasi yang tinggi seperti Nvidia Shield Tablet K1 dan microsoft surface pro 4,ianya hanya boleh didapati dengan harga yang sangat di luar capaian pelajar. (anggaran RM 4000 untuk surface pro 4 dan RM 2700 untuk nvidia shield)

  1. Saiz storan yang lebih kecil.
    1. Berbanding komputer riba yang mampu menyediakan storan melebihi 1TB , tablet secara puratanya hanya menyediakan storan 32GB dan 64GB dengan sokongan kad Micro-SD. Walaupun saiz storannya yang mudah ditambah, namun soal kos yang memainkan peranan.




Kesimpulannya, tablet boleh dijadikan sebagai pengganti laptop atau komputer riba bagi tujuan pembelajaran. Namun, ianya hanya menjadi pilihan kedua untuk pelajar yang memerlukan penggunaan komputer yang lebih intensif. Konsep penggunaan tablet ini boleh diterapkan kepada pelajar - pelajar sekolah sebagai pendedahan kepada dunia teknologi dan sebagai alat bantu mengajar oleh guru - guru. Namun penelitian terhadap penggunaan tablet di sekolah perlu dibincangkan dengan lebih lanjut untuk memastikan prestasi dan sahsiah pelajar terjamin.

Comments