pengakhiran semester 3

sampailah sudah penghujung semester 3 aku di sini. setelah lebih setahun di sini, aku mulai kenal tempat ini, orang2nya, makanannya serta mula mencari kerja di sini. aku ditawarkan bekerja di sebuah restoran di sunway carnival. mulanya kawan yang recommend, lps tu aku sendiri. beberapa kali aku cuba untuk berjumpa dengan bakal majikan yg hanya dipanggil 'sir' gagal atas halangan yang silih berganti. baru tadi aku berhubung dengan beliau. beliau menyatakan akan berjumpa dengan aku pada hari isnin depan. tutup cerita kerja, penghujung sem 3 ni juga menyaksikan perpisahan dengan buah hati pengarang jantung. mungkin ramai yang akan kata " naik sem nanti jumpa laa balik" . entah kenapa, aku rasakan yang aku takkan dapat berjumpanya lagi. mungkin juga hanya perasaan aku. cuti semester sebulan, kemudian 6 bulan praktikal. jangka masa yang agak lama. dalam masa tu, macam2 boleh jadi. mungkin dia akan berjumpa dengan yang baru, mungkin juga aku yang berlaku sedemikian. aku hanya berserah agar tidak berlaku sebegitu. orang tua2 kata, orang muda ni memang kerjanya nak kahwin awal je, darah panas. tapi bukan aku. mungkin aku belum bersedia untuk berkahwin tapi aku rasa kahwin tu perlu bagi mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku. lagipun tak manis berkawan lama2. masalah kewangan menjadi perkara utama bila sebut pasal kahwin."kau ade duit ke nak bagi makan anak orang?" "mampu ke kau nak tanggung dia?" "kalau kau tak mampu nk bagi mak RM2500 sebulan, jangan harap nak kahwin". kalau nak tunggu habis belajar, dapat kerja yang gajinye 5,6 ribu sebulan, umur berapa nk kahwin? umur berapa nak dapat anak bila asyik fokus pada kerja yang gaji beribu tu? sampai umur berapa nak kerja? dah tua2 sepatutnya aku menikmati waktu bersara dengan tenang dan mempersiapkan diri untuk mati. mungkin cuma aku yang berfikiran sebegini. sekarang ni, aku nak cuba kerja dengan orang, cari pengalaman, cari duit. aku pernah bekerja dengan ayah aku. so xde anggap dia macam majikan. lagipun aku cuma nak tolong dia. win win situation. dia bagi aku kerja, aku tak perlu ke pusat tarbiah. walaupun perjanjiannya aku perlu pergi juga selepas aku tamat belajar.

Comments