ADMIN KEMBALI SETELAH LAMA BER 'CUTI'

Assalamualaikum san selamat sejahtera. Salam Syawal buat semua penganut agama Islam. Setelah sekian lama laman ini menyepi, kini Admin punya masa untuk mengemaskini segala apa yang tertunggak, mungkin Admin akan lebih aktif mengemaskini disebabkan beberapa faktor. Sebelum itu, izinkan Admin menyusun sepuluh jari atas ketelanjuran Amin menulis selama ini.



Pertama sekali Admin ingin mennyatakan sebab Admin berhenti menulis seketika. sejak beberapa bulan yang lalu, Admin mengalami pelbagai jenis kekangan termasuklah kekangan kewangan, internet dan masa. Disebabkan kesemua kekangan yang ada, admin terpaksa menghentikan penulisan buat seketika. Selepas Admin menghabiskan semester pendek untuk subjek DESKTOP PUBLISHING, admin perlu mencari sumber kewangan yang kukuh kerana tiada pembiayaan buat Admin pada waktu itu. Jadi Admin pun mencari kerja part time. Jumpa pula dengan Abang Adie, dah lama kenal dia sebenarnya. Abang adie suggest tempat dia kerja dulu, Admin pun cuba nasib. Datang interview terus diterima kerja. Rupa - rupanya dah di recommend oleh Abang Adie pada Manager tempat tu. Abang adie pun banyak membantu sepanjang Admin bekerja di situ. Tak perlu lah Admin beritahu dimana Admin bekerja. Kerja kulis saja, malu.

Cukup sebulan Admin bekerja, Admin mendapat cuti selama 3 hari. Jadi dengan kesempatan yang ada, Admin pun ke Pejabat Hal Ehwal Pelajar di kolej admin untuk menyelesaikan hal yuran kerana lagi 4 hari semester baru akan bermula. Setibanya Admin disana, Admin mula rasanak pitam. Pejam celik pejam celik mata Admin cuba untuk melegakan keadaan. Mujur tak jadi pitam. Setelah selesai segala urusan, Admin keluar ke gerai yang berhampiran untuk makan sebab dari malam tadi Admin tak makan, jadi admin menyangka itu lah punca kejadian tadi. Dalam perjalanan ke gerai, nafas sesak pula. Jenuh Admin berkejar ke gerai. Tiba di gerai, Admin pesan kopi 'o' ais sebab Admin ada dengar, kafein dalam kopi boleh buka semula saluran pernafasan.Habis saja Admin minum, L telefon ajak keluar, jadi admin pun ikukan aje. Petang tu lepas keluar, Admin makan laksa kat satu gerai ni. Dah lama admin makan sini sebab laksa dia memang sedap, campur dengan cucur udang lagi. Balik dari makan laksa, Admin sakit perut, tapi diendahkan sebab selalunya memang begitu. Sambal laksa tu memang power sikit. Selepas 2 hari Admin sakit Perut, rakan serumah admin tegur "kauni baru lepas bertumbuk ke?" terkejut Admin bila tengok cermin. Muka Admin jadi bengkak macam orang bertinju.

Selepas 2 hari bengkak yang berterusan di muka, Admin terus ke hospital. Alangkah terkejutnya Admin bila doktor kata buah pinggang Admin ada masalah. Terus Admin dimasukkan ke wad. Selepas beberapa ujian, Admin dilepaskan pulang. Terus Admin balik kampung sebab Ibu Admin minta Admin ditukarkan ke Kuala Lumpur.

Jadi itulah dulu penjelasan dari Admin. Semoga kalian semua dapat mendoakan Admin supaya cepat sembuh.