Fikir

lately ni boss banyak bercerita dengan Admin. dah macam membe2 pulak. tengah2 sembang terkeluar cerita pasal masalah rumah tangga. Ada yang bercerai awal la, bergaduh la, bercinta dengan isteri/suami orang la, macam - macam. Sampai admin selalu termenung sorang2 memikirkan apa yang akan jadi selepas Admin mendirikan rumah tangga nanti. Admin ni dah la status kewangan tak stabil lagi. Transport pun tak ada. Nak ambil anak orang jadi isteri, belanja kahwin satu hal, lepas kahwin tu nanti boleh ke Admin maintain semua benda? Duit nak bagi mak lagi, adik - adik lagi, isteri, nanti tambah anak pula. nak diendahkan pun tak boleh. Mungkin ada yang akan kata " Tu nanti punya cerita, yang penting dah selamat". Memang dah selamat, ibarat pergi thailand tak bawak passport. Memang dah sampai, kat Thailand tu nanti tak kena cekup? terpaksa pula buat benda2 yang tak patut. Kalau boleh tak nak la macam tu. Tak berkat rumahtangga nanti. Anak2 yang akan jadi mangsa. dengan gaji yang ada, takda transport, takda rumah, takda apa lah, cuma berbekalkan sedikit ilmu yang Allah kurniakan, Admin cuba ikhtiarkan apa yang termampu